Oct 28, 2008

Kenakan ISA Terhadap Khairy

Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO hari ini menyelar usul Pemuda MCA Perak yang mahukan Naib Ketua Pergerakan itu, Khairy Jamaluddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung kenyataannya mengenai kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Exconya, Datuk Idris Haron berkata kenyataan Khairy sebelum ini bukanlah menafikan hak biasiswa kaum lain tetapi mahukan kuota biasiswa bagi Melayu dan bumiputera tidak dikurangkan selari dengan pertambahan hak biasiswa bukan Melayu.

"Gesaan tersebut mencerminkan Pemuda MCA tidak mempunyai modal dalam usaha meraih kembali sokongan kaum Cina di negara ini selepas pilihan raya umum Mac lalu.

"Adalah wajar Pemuda MCA Perak dan Pemuda MCA Kebangsaan bermuhasabah diri dan jangan mengeksploitasi perkara-perkara yang tidak benar", katanya.

Kata beliau lagi, jika Pemuda MCA berjaya memenangi kembali kerusi-kerusi yang dirampas oleh DAP di bandar-bandar besar, barulah suara mereka boleh diterima.

Berhubung isu yang sama, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria pula menyifatkan tindakan Pemuda MCA Perak itu sebagai contoh parti komponen yang mahu membuli UMNO terutama selepas pilihan raya 8 Mac lalu.

"Gesaan Pemuda MCA itu mencerminkan kedangkalan pemikiran pemimpin pergerakan tersebut. Suara pemimpin kecil itu yang mahu menjadi wira bagi kaum Tionghua tidak perlu diberikan perhatian", katanya.

Pergerakan Pemuda MCA Sabtu lalu meluluskan usul meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap segelintir pemimpin politik Melayu yang berfikiran sempit dan tidak menunjukkan perasaan hormat kepada kaum lain.

Menurut usul itu, tindakan pemimpin berkenaan seperti Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang mendakwa bukan bumiputera telah mengambil kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bumiputera adalah bercanggah dengan keputusan kerajaan dan bersifat perkauman.

2 comments:

  1. For the last time...can we stop all these nonsense...in the first place all utterances might be out of context .........just hope that the leaders in our nation of all political parties be it opposition or ruling or even all its wings spends more time into getting a vehicle ready for us to combat the global economy recession...we rakyat sure wants this then all flying acccusations. To be fair myself as a rakyat wishes all minds to focus on the economy issue.

    As the saying goes win the argument lost the cause. We might again attack each other but look at the bigger picture...we are all Malaysians please leave all difference aside temporary, if we may.......our imagination and creativeness in all attacjs should be compiled and focus to battle the recession and NOTHING ELSE.....win the argument and lose the country...........leaders LISTEN

    ReplyDelete
  2. some time the grass root need something change in base ground, is their view, we should respect them.

    Economy is worst, after discuss also can not help, we r not epu or finance minister, i think nobody can help.

    we should gether all expert come out some solution or plan.

    ReplyDelete