Dec 26, 2008

Dr Hasyim bersetuju dan menyokong MCA

GUANGZHOU Dis25,2008. Dr Haji Mohd Hasyim bersetuju dan menyokong Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menghantar memorendum kepada PAS mengenai tidak bersetuju dan tidak berpuas hati mereka terhadap cadangan PAS untuk laksanakan hukum hudud yakni sebahagian dari perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, kalau parti itu berjaya menguasai negara ini.

"Kalau mereka (MCA) merasa berhak membantah atau tidak puas hati terhadap kenyataan pemimpim-pemimpin PAS mengenai perlaksanaan perundangan Islam yang sebahagian darinya terdapat hukum hudud, maka pemimpin-pemimpin PAS lebih berhak lagi menyatakan pendirian partinya yang telah pun dilulus oleh Pendadaftar Pertubuhan Negara Fasal 5 dalam Perlembagaan PAS kepada umum dan rakyat Malaysia." Kata Dr Haji Mohd Hasyim sewaktu dihubungi melalui telefon di Guangzhou, China sebentar tadi.

"Hari ini adalah Hari Perayaan Krismas untuk penganut agama Kristian di seluruh dunia, tetapi Kerajaan China langsung tidak menyambut perayaan tersebut secara rasmi di China, walaupun agak ramai penganut-penganut Kristian di sini. Apakah pemimpin-pemimpin Kristian tidak prihatin kepada penganut-penganutnya seperti MCA yang ingin berlagak hero di kalangan bangsa Cina di Malaysia?" tanya beliau yang juga penulis blog www. ibnuhasyim.com merangkap Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

Namun begitu beliau bersetuju penghantaran memorendum tersebut kepada PAS, kerana sekurang-kurangnya MCA sudah mengiktiraf PAS sebagai rakan yang boleh dibawa berbincang dan berunding mengenai agama Islam, bahkan lebih berwibawa dari rakan komponannya UMNO, walaupun Haji Mohd tidak bersetuju mengenai isi kandungan memorendum tersebut. Pada beliau kritik itu sebenarnya bukan kepada PAS tetapi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

"Mereka cabar Kerajaan Malaysia! Mereka cabar pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengakui Malaysia sebagai negara yang menuju ke arah Islam. Apakah UMNO pun setuju dengan MCA yang tak mahu hukum Islam itu?" Tanya beliau lagi. "Pada saya PAS kena layan mereka lebih baik lagi. Bukan saja terima memorendum, bahkan belanja mereka minum lagi.. Perkenalkan undang-undang Islam sebenar kepada mereka, bukan seperti yang diterangkan oleh rakan karib se hidup se matinya iaitu UMNO!"

No comments:

Post a Comment