Jun 15, 2010

Patut Membina Memorial untuk Sambhantan

Dalam Mingguan Malaysia, Ridhuan Tee telah menyentuh tentang pembinaan memorial Tan Cheng Lock, beliau telah memberi pandangan tentang indeks KPI sumbangan antara Tan Cheng Lock dan tokoh-tokoh lain.Memang tidak wajar dan tidak rasional menyoal tentang indeks KPI sumbangan kemerdekaan, apa yang dicatatkan dalam sejarah Malaysia telah jelas membuktikan jasa Tan Cheng Lock.

Memang tidak dinafikan bahawa tokoh-tokoh disebutkan pernah berusaha untuk Tanah Melayu, perbezaan antara mereka dengan Tan Cheng Lock adalah mempertahankan dan membawa kemerdekaan.

Sekiranya pihak kerajaan atau Arkib Negara ingin membina memorial untuk mereka, sebagai rakyat Malaysia, saya akan sokong sepenuhnya, tetapi harus mempertimbangkan siapa patut diberi keutamaan.

Dalam prinsipal berjasa kepada kemerdekaan, apa yang perlu ditimbangkan adalah jasa, bukannya dari Barisan Nasional atau mana-mana parti politik, sekiranya kerajaan persekutuan bukan Barisan Nasional, tokoh kemerdekaan tetap tokoh kemerdekaan, Ridhuan Tee dinasihatkan jangan risau, anak buah Barisan Nasional bukan kamu, mereka tidak akan mengelirukan sejarah yang sebenar.

Selain daripada Memorial Tan Cheng Lock, sebagai tanda penghormatan dan mengenang budi, Arkib Negara harus mendirikan memorial yang sama taraf kepada Sambhantan, sebab kita tahu, Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Sambhantan memang merupakan Bapa Kemerdekaan kepada Negara ini.


鲜少写马来文,锻炼锻炼下,别讥笑我.......

3 comments:

  1. Well, your malay not so bad.

    But the content is bit old.

    anyway, good try.

    ReplyDelete
  2. even the point bit old, but they still not understand.

    ReplyDelete
  3. 走狗T竟然把北韩和希德勒称赞一番,难怪那份报连他们自己的人都不想看。还把新加坡形容为Ultra Kiasu,简直是病态的走狗。

    ReplyDelete