May 23, 2013

Kajian - NASI LEMAK

Perniagaan Nasi Lemak Mat menjangkau 60 tahun diteruskan selama 6 generasi.

Selama ini sesiapa hendak makan atau bungkus Nasi Lemak Mat hendaklah menunggu dan beratur panjang, ini disebabkan rasa hidangannya sesuai untuk semua karangan masyarakat tempatan.

10 tahun yang lepas, Gerai Nasi Lemak Wan telah buka bersebelahan di Gerai Nasi Lemak Mat, walaupun mereka jual hidangan yang sama perniagaan Nasi Lemak Mat tidak terjejas dan masih popular daripada yang lain.

Disebabkan perniagaan tidak terjejas, lama kelamaan kualiti makanan dan kualiti perkhidmatan Gerai Lemak Mat semakin lemah.

Sejak 5 tahun lepas, jelas dilihat bahawa ramai pelanggan Cina semakin ramai mengunjung Gerai Nasi Lemak Wan. Disebabkan situasi semakin kritikal, Syarikat MCC dilantik untuk memasar pasaran kaum Cina.

Setelah beberapa penyelidikan, selain daripada masalah perkhidmatan yang tidak memuaskan, didapati bahawa masyarakat Cina tidak kunjung adalah disebabkan Nasi Lemak Mat tidak peduli sama sekali pandangan dan nasihat pelanggan yang mengadukan nasi terlalu keras.

MCC mengemukaan pandangan pelanggan dan cara penyelesaian kepada Nasi Lemak Mat, tetapi pemiliknya percaya agar nasi lemaknya adalah paling sedap tidak perlu membuat sebarang perubahan, dan mengarahkan MCC untuk membuat pemasaran cuma mengatakan kebaikan hidangan beliau dan memburuk Nasi Lemak Wan.

Baru-baru ini, pelanggan Cina tidak lagi mengunjung ke Gerai Nasi Lemak Mat, pemiliknya memarahi MCC tidak membuat kerja, tidak dapat menarik balik minat pelanggan Cina serdangkan banyak kos telah dibelanjakan.


Kajian:

1. Sebab utama pelanggan Cina tidak mengunjung.
2. Adakah Syarikat MCC patut dipersalahkan?
3. Apakah cara yang lebih efektif untuk mengembalikan kepercayaan pelanggan Cina?
4. Dalam situasi ini, cara pemasaran dikaji atau hidangan dan perkhidmatan patut dipertingkatkan?
5. Berapa tahun diperlukan supaya mengembalikan kepercayaan pelanggan Cina?
6. Apakah cadangan yang lebih berkesan sekiranya hidangan dan cara perkhimatan tidak meningkat?